Peminat Kumpulan K-Pop BTS Hina Pemergian Siti Sarah, Shuib Dipersalah Tak Buat Family Planning

Di saat semua warga laman sosial berduka dengan pemergian Siti Sarah Raisuddin yang bertarung nyawa 5 hari untuk hidup, muncul satu komen yang dilihat kurang sopan.

BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia, Takziah Buat Shuib Sekeluarga

Melalui komen yang ditinggalkan ketika sesi live pengebumian arwah Siti Sarah itu, ternyata ia mengundang rasa kurang senang beberapa pengguna laman sosial yang lain.

Tidak dinafikan, peminat kumpulan K-Pop memang terdapat di seluruh dunia namun tidak dinafikan juga memang ada yang terlampau fanatik dan sentiasa merasakan kumpulan muzik mereka paling bagus. Kemungkinan wujud penyamar yang mahu memburukkan imej kumpulan itu juga pun boleh jadi juga.

Pemergian Siti Sarah merupakan salah satu berita yang mendapat perhatian lebih-lebih lagi ketika angka bilangan kes yang tidak terkawal ketika ini.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain, seorang pengguna laman sosial kelihatan sungguh lantang menyuarakan pendapatnya dengan apa yang terjadi kepada keluarga Shuib.

Menurut luahan akaun tersebut, dia mempersalahkan Shuib kerana tidak membuat perancangan keluar dengan rapi sehingga menyebabkan isterinya mengandung dan meninggal.

Ternyata perkara tersebut mengundang reaksi marah di kalangan netizen.

Sebenarnya lebih baik diam jika tidak ada benda baik yang nak diucapkan. Kalau nak bercakap pun, biarlah ada batasan dan hormatilah keluarga arwah yang baru kehilangan insan tersayang.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.