Sedang kecoh dengan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia, baru-baru ini tular mengenai dakwaan lauk ikan singgan dikatakan boleh menyembuhkan virus membawa maut itu.
Meskipun, penjelasan sebenar sudah diberikan namun masih ramai yang ‘kurang jelas’ dengan perkara tersebut.
Bagaimanapun, soalan berkenaan ikan singgang yang dikemukakan oleh seorang wartawan pada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan berhubung COVID-19 dipertikai oleh seorang doktor pakar yang mempersoalkan perlukah bertanyakan soalan itu ketika di sidang media.
Kenapa perlu tanya pasal singgang di sidang media Ketua Pengarah Kesihatan tentang COVID19?
Patutnya soalan macam ini, wartawan sendiri dah tahu jawapan kalau mampu menggunakan akal fikiran. Tidak perlu tanya. Bila lah media kita nak matang.
STICK TO THE FACTS.
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 9, 2020
Menurutnya, wartawan sendiri perlu menggunakan akal fikiran sebelum menanyakan soalan kepada Ketua Pengarah Kesihatan. Dia turut menyatakan bila media di Malaysia matang dalam melakukan kerja mereka.
Difahamkan, soalan berkenaan ikan singgang itu ditanya oleh seorang wartawan penyiaran TV3.
Tampil memberikan penjelasan, wartawan tersebut mengatakan dia bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan daripada pakar memandangkan ramai yang tertanya-tanya kesahihahn mengenai perkara itu.
Perkara itu turut mendapat perhatian pengamal media lain yang terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh doktor pakar itu.
Bagi mereka, soalan yang diajukan itu adalah untuk mendapatkan kepastian agar apa yang disampaikan kepada masyarakat adalah info yang sahih.
Malah ada yang mengatakan, kerja sebagai wartawan adalah bertanyakan soalan dan tiada soalan yang ‘bodoh’ dalam dunia kewartawanan melainkan jika soalan itu berbentuk hinaan.
Dalam pada itu ada yang mengatakan tidak tahu pula bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia ada meletakkan garis panduan mengenai soalan yang boleh ditanya dan tidak boleh ditanya ketika sidang media.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂