Anak Baru ‘Pergi’ Kerana Kanser, Jururawat Sambung Tugas Demi Negara

Kehilangan orang tersayang merupakan salah satu perkara yang sungguh pahit untuk ditelan. Kesedihan, kenangan dan rasa terkejut pastinya akan membuatkan kita lemah dan perlu mengambil masa untuk kembali bersemangat.

Namun berbeza dengan kisah seorang jururawat ini. Hatinya kental, semangatnya luar biasa dan paling memilukan, wanita ini kembali bertugas selepas 4 hari pemergian anaknya yang tercinta.

BACA: 3 Cara Berkesan Tambah Duit Poket Masa Musim PKP

Melalui video Astro Awani, Siti Roha Mat Aroff yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Tenglu, Mersing telah kehilangan anaknya, Widad Izz Nayla Mohd Azam yang menghidap kanser otot.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Dr Noor Hisham yang kagum dengan semangat luarbiasa barisan jururawat selain turut mendoakan yang terbaik.

Tidak Mahu Lama Berduka

Menjelaskan pada portal berita tersebut, Siti Roha pada mulanya ingin menyambung cutinya namun menukar keputusannya itu.

“Tapi saya fikir, saya tak boleh duduk kat rumah. Sebab bila saya duduk kat rumah, saya teringat dia (anak), saya masuk bilik saya ingat dia, tengok pintu bilik saya ingat dia, masuk bilik air saya ingat dia, tengok mainan dan teringat. So saya rasa saya tak boleh,” jelasnya dalam menahan sebak.

Sehubungan dengan itu, Siti Roha meminta kebenaran daripada suaminya untuk kembali bertugas. Walaupun keberatan pada mulanya untuk melepaskan isterinya kembali bertugas, jawapan yang diberikan oleh jururawat ini ternyata membuktikan semangatnya yang tinggi dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

“Saya jururawat, kerja saya, jihad saya untuk negara,” jelasnya kepada suami. Kental sungguh hati seorang ibu dan juga isteri berhadapan dengan dugaan kehidupan. Boleh tonton lanjutan laporan dalam video pendek di bawah.

Jangan lupa follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply