Anda Kini Sudah Boleh Periksa Status Permohonan i-Sinar KWSP

Berita baik bagi anda yang ingin memohon KWSP i-Sinar, kini anda sudah boleh menyemak permohonan di link yang kami kongsikan ini – https://isinar.kwsp.gov.my

BACA: Ini Syarat Untuk Keluarkan Duit Akaun KWSP 1 Sebanyak RM60,000

Bagi ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Untuk kategori ini juga, tiada dokumen sokongan diperlukan.

Ini kerana ia mendapat kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. Ahlu cuma perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Untuk pembayaran pula, ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.