Apple Bakal Perkenal iPhone 12 Pada 14 Oktober, Mampukah Kita Milikinya?

Kehadiran telefon terbaru dari syarikat Apple adalah salah satu perkara yang sangat dinantikan oleh peminat tegar jenama tersebut. Bakal memperkenalkan barisan terbaru iPhone 12 pada Oktober ini, Apple dilihat memberi penekanan kepada aspek kepantasan melalui poster pengumuman tersebut.

BACA: Tiada Pengecas Dan Earpod Jika Beli iPhone 12 Nanti?

Jika dilihat kembali pada sejarah harga telefon untuk iPhone 11 Pro, ia bermula dari RM4,899 untuk 64GB dan untuk iPhone 11 Pro Max pula ialah dari RM5,299 (64GB). Kemungkinan harga tidak berbeza namun khabar angin mengatakan akan ada iPhone 12 mini dengan skrin 5.4 inci.

Seperti kebiasaan di era Covid-19 ini, Apple sekali lagi akan menyiarkan secara siaran langsung pelancaran iPhone 12 nanti. Just pergi ke website mereka nanti dan hadaplah sampai habis.

Persoalannya – adakah kita untuk memilikinya? Sudah tentu mampu jika tidak takut berhutang demi memenuhi status kehidupan elit (kononnya). Bab peralatan berkaitan teknologi ini perkembangan dan update-nya memang tidak terkejar.

Kami di Gulapop masih pakai iPhone 5s, sekarang jari pun sudah besar dari skrin. Apa pun, kena tepuk dada tanya selera juga. Sambil itu jangan lupa tanya poket. Rasa tak mampu, pakai apa yang ada saja dulu. Jika berkemampuan, tidak mengapalah.

Sama-sama kita nantikan pengumuman mereka nanti sambil makan nasi bujang.