Tiada Pengecas Dan Earpod Jika Beli iPhone 12 Nanti?

0
11452

Setiap kali kitaran baru telefon pintar berjenama buah ini hampir untuk dipasarkan, pastinya timbul pelbagai khabar angin dan juga ramalan. Ada yang tepat dan ada juga yang mampu membuatkan peminat Android dan Apple bertelagah.

BACA: Bukan RM144,000, Sugu Pavithra Dedah Pendapatan Sebenar Dari YouTube

Menurut laporan laman sesawang MacRumors, jangkaan itu adalah berdasarkan laporan daripada Barclays yang mendapat sumber daripada beberapa Apple supplier.

Jika benar, perubahan drastik ini pastinya mengundang kemarahan pengguna selain bakal menjadi bahan jenaka oleh pengguna telefon pintar jenama lain. Tidak dinafikan juga, jika khabar angin ini menjadi kenyataan, ia akan membuatkan Apple lebih untung kerana aksesori yang dijual berasingan.

Bagaiamanapun, kesahihan perkara ini hanya dapat dibuktikan pada pelancaran jenama telefon itu nanti yang mungkin akan diadakan pada penghujung tahun. Sama-sama kita nantikan.

——————————

Bagi anda yang berminat untuk menambah pendapatan hanya dengan jualan barangan yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran tapi hasilnya dalam USD, boleh klik sini.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂