Arab Saudi Wajibkan Jemaah Haji Ambil Vaksin Covid-19

Arab Saudi mewajibkan jemaah haji yang ingin menunaikan rukun Islam kelima itu untuk mengambil vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatannya, Tawfiq al-Rabiah berkata vaksinasi akan diwajibkan dan merupakan syarat utama bagi semua jemaah yang berhasrat menunaikan haji pada Julai ini.

“Vaksin COVID-19 adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan ia akan menjadi salah satu syarat utama haji,” katanya.

Pada 2020, Kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Kerajaan Arab Saudi telah memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 17 Disember lalu melibatkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram

SUMBER: Astro Awani