Asingkan Tempat Duduk Ikut Jantina, Pawagam Di Terengganu Ini Sedia Pengalaman Berbeza

Jika sebelum ini anda sudah terbiasa menonton wayang bersama pasangan, kini anda mampu beroleh pengalaman baru di Terengganu kerana pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu memperkenalkan tempat duduk berasingan.

BACA: Persenda Agama Hindu, Kumpulan BLACKPINK Dikecam Hebat

Pihak pengurusan juga LFS bertanggungjawab untuk melakukan pengasingan lelaki dan wanita bukan mahram serta membuat pemantauan di dalam panggung wayang sekiranya berlaku keadaan atau situasi mencurigakan. Jaga-jaga ya.

Memetik laporan Sinar Harian, peraturan tersebut juga tertakluk bukan saja kepada bukan Islam malah turut merangkumi pelanggan bukan Islam.

Pawagam patuh syariah pertama di negeri kelahiran Zizan Razak yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square ini juga dalam masa yang sama turut terbuka dalam memperbaiki sebarang kelemahan di dalam pengurusan peraturan yang baru diperkenalkan itu.

Sementara itu, buat waktu terdekat ini, tiket di LFS hanya boleh didapatkan secara dengan walk-in.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Bagi anda yang berminat untuk menambah pendapatan hanya dengan jualan barangan yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran tapi hasilnya dalam USD, boleh klik sini.