Bapa Surya Sedia Maafkan Keluarga Remaja Perempuan Yang Didakwa Bunuh Anaknya

Ketika rakyat negara kita hangat memperkatakan tentang tindakan seorang suspek remaja perempuan yang didakwa membunuh rakannya, bapa kepada mangsa kejadian tersebut menjelaskan bahawa dia sedia untuk memaafkan keluarga remaja berkenaan.

BACA: Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bunuh Nur Surya

“Kalau dia (keluarga suspek) datang kita terima, kita tak halau orang datang mintak maaf. Walau marah dan kecewa sekali pun dengan perbuatan anaknya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kejadian sudah berlaku,” jelas bapa arwah Surya, Ismail Muda, 58 tahun, kepada Harian Metro.

Jelasnya lagi, sehingga kini dia belum ada mana-mana pihak yang datang berjumpa keluarganya untuk tujuan itu.

Malah dia dalam masa sama sentiasa menunggu kedatangan keluarga remaja perempuan berkenaan untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.

Sebelum ini, ibu kepada suspek pernah menyatakan kepercayaan bahawa anaknya tidak bersalah dalam kejadian yang menggemparkan seluruh negara itu.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.