Tidak dinafikan kadang-kala rumahtangga juga turut mengalami pasang surut namun bagi Pavithra, kisah kehidupan keluarganya menjadi perhatian kerana status public figure yang dimilikinya sebagai seorang Youtuber yang dikenali rata-rata rakyat Malaysia.
BACA: Suami Youtuber Terkenal Di Ipoh Didakwa Cederakan Isteri
Memetik laporan mStar Online, dia telah menjelaskan bayaran ikat jamin RM10,000 yang dikenakan atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh dan dalam masa yang sama turut memaafkan Sugu.
“Saya maafkan suami. Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku”
“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Menurut portal itu lagi, Pavithra juga memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan kepada mereka.
“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” jelasnya.