Suami Youtuber Terkenal Di Ipoh Didakwa Cederakan Isteri

Terkejut juga kami ketika membaca berita ini kerana disangkakan semuanya okay belaka. Ketika ini, heboh diperkatakan suami kepada seorang Youtuber masakan terkenal telah ditahan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

BACA: Bukan RM144,000, Sugu Pavithra Dedah Pendapatan Sebenar Dari YouTube

Menurut sumber Harian Metro, pasangan itu bertengkar di parking Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

“Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya. Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk”

“Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu selain menyatakan percaya bahawa kes tersebut adalah berhubung masalah keluarga.

Jika tak mahu ketinggalan info dan bacaan menarik setiap hari, jangan lupa follow kami di Facebook dan Instagram.