Bayi Baru Lahir Dibakar Hidup-Hidup, Dipercayai Hasil Hubungan Luar Nikah

Malang nasib seorang bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan dipercayai telah dibakar apabila ditemui dalam keadaan sudah tentung kejadian yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia pada Rabu lalu.

Memetik laporan Surya.co.id, hasil siasatan polis mendapati, bayi yang baru sehari dilahirkan telah dibakar hidup-hidup dan mengesyaki bahawa bayi itu adalah hasil daripada hubungan haram.

Kata pihak polis lagi, pelaku sengaja membuang serta membakar bayi itu untuk ‘menghapuskan bukti’ hasil perhubungan terkutuk.

Dalam pada itu, para penyiasat juga turut menemui tumpahan minyak tanah di lokasi berkenaan serta sisa kayu bakar masih berbau minyak tersebut.

Difahamkan, pelaku disyaki menghimpunkan kayu yang dicari di sekitar lokasi tersebut sebelum bayi itu dibakar.Turut ditemui sepasang selipar yang diselaputi lumpur, dianggarkan saiz sederhana milik wanita.

Polis juga mengesyaki bahawa bayi malang itu dibakar pada waktu malam memandangkan lokasi tersebut pada waktu itu agak sunyi dan jauh dari kawasan perumahan.

Ketua Polis, AKP Sukari berkata pihaknya akan bekerjasama dengan bidan di Desa Sebanen, Kabupaten Kalisat dan sekitarnya untuk mengenal pasti siapa wanita hamil di kampung itu serta suspek yang membakar bayi berkenaan.