Bazar Ramadan ‘Online’ Sudah Mula Aktif Di Facebook

Kurang dua minggu sahaja lagi sebelum umat Islam akan menyambut bulan Ramadan, pasti ramai tahu bahawa tiada bazar Ramadan akan diadakan tahun ini susulan wabak COVID-19. Tetapi jangan risau kerana bazar tahun ini akan beroperasi melalui atas talian atau secara online.

Setakat ini antara negeri yang sudah mengumumkan pembatalan bazar ramadan adalah Selangor, Negeri Sembilan dan juga Terengganu. Meskipun belum lagi tiba bulan puasa, difahamkan bazar-bazar Ramadan sudah pun mula beroperasi menerusi platform Facebook.

Buat mereka yang berada di Lembah Klang dan Selangor, sudah ada lebih 10 kawasan sudah mula memperomosikan jualan mereka melalui atas talian. Anda boleh semak senarai bazar atas talian yang berdekatan tempat tinggal masing-masing.

  1. BAZAAR RAMADHAN ONLINE GOMBAK
  2. Shah Alam Bazaar Ramadhan Online 2020
  3. Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh
  4. Bazar Ramadan Saujana Utama
  5. BAZAR RAMADHAN ALAM MEGAH
  6. Bazar Ramadan Putra Heights OFFICIAL
  7. BAZAR RAMADHAN PANTAI DALAM
  8. BAZAR RAMADHAN ONLINE AMPANG 68000
  9. BAZAAR RAMADHAN ONLINE WANGSA MAJU
  10. BAZAR RAMADHAN OTK PUCHONG PRIMA
  11. BAZAR RAMADHAN BANDAR PUTERI PUCHONG
  12. BAZAR RAMADHAN PUTRA PERDANA PUCHONG
  13. BAZAR RAMADHAN KINRARA BK
  14. BAZAR RAMADHAN KELANA JAYA

Jadi dengan bazar-bazar Ramadan yang diwujudkan di atas talian ini, anda tetap boleh menikmati hidangan kegemaran anda atau makanan-makanan yang sinonim setiap kali bulan Ramadan.

SUMBER: The Vocket