Benarkah Botol Hand Sanitizer Boleh Meletop Kalau Tinggal Dalam Kereta?

0
6514

Jika anda adalah salah seorang daripada individu yang melakukan perkara ini, anda perlu ambil tahu perkara ini dengan lebih mendalam. Ini penting untuk mengawasi nyawa anda dan juga insan yang tersayang.

BACA: Guru Dedah Video ‘Ayah Saya Masak Ketum’ Hanya Dihantar Kepada Ibu

Kami pun sebenarnya pernah buat benda yang sama dan terfikirkan perkara yang sama tapi selagi tak meletop, selagi itu biarkan saja dalam kereta. Jadi persoalannya, adakah botol hand sanitizer akan meletop jika kita tinggalkan dalam kereta ditambah lagi dengan keadaan panas?

Menurut health.com, ia tidak akan meletop namun jika kita biarkan ia terdedah dengan cahaya panas dengan terlalu lama, ia akan membuatkannya kurang efektif.

Ia disebabkan suhu panas boleh membuatkan alkohol dalam produk hand sanitizer meruap dan kesannya menjadikan kandungan alkohol berkurangan.

Bila kurang efektif, tak dapatlah ia membunuh kuman secara kebiasaan. Nak lagi selamat, cuci sajalah tangan.