Rakyat Perlis Dah Mula Kongsi Gambar Makan Di Kedai, Negeri Lain Kini Cemburu?

Cemburu, itulah apa yang dirasai oleh kebanyakan rakyat Malaysia lain apabila berita mengenai negeri yang satu petang pusing pun boleh habis – yang sudah membenarkan rakyatnya untuk makan di restoran.

BACA: Cari Rezeki Jual Teh Ais, ‘Spiderman Perlis’ Akui Pernah Disengat Labah-Labah

Siapa tak rindu makan sarapan pagi di kedai, siapa tak rindu berborak di mamak sambil minum air kosong? Namun apakan daya, itu semua hanyalah impian di negeri-negeri lain yang masih belum melepasi kriteria untuk berada dalam Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bukanlah berlagak, cuma sekadar lucu melihatkan perkongsian mereka di laman sosial. Ternyata ramai yang ‘koyak’ melihatkan perkongsian tersebut dan dihiasi pula dengan gambar-gambar makanan yang enak.

Kami kongsikan beberapa perkongsian daripada pengguna laman sosial yang berada di Perlis dan juga Sarawak mengenai pengalaman dine-in mereka sejak sekian lama tidak ke gerai makan.

Di saat negara berhadapan dengan jumlah kes hampir mencecah 20,000, pastinya saat sebegini membuatkan rakyat Perlis merasa cukup bertuah.

Tak mustahil, mungkin ramai juga kini sedang menyusun strategi untuk merentas negeri ke Perlis,kan?

Menurut laporan Harian Metro, ternyata kebenaran makan di kedai yang diberikan kepada negeri yang berada di Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini disambut baik namun masih diikuti dengan SOP ketat.

Tidak dinafikan, menurut salah seorang pemilik restoran di sana, terdapat individu yang cuba untuk duduk 4 orang satu meja namun kemudiannya dinasihatkan agar patuh SOP – iaitu maksimum 2 orang satu meja dengan jarak 1 meter untuk setiap meja.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 3 negeri kini boleh beralih ke Fasa Ketiga PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: Harian Metro