Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila beberapa hotel telah diwartawakan sebagai pusat kuarantin bagi sesiapa yang baru pulang dari luar negara. Malah tular beberapa perkongsian netizen sebuah pusat kuarantin yang terletak di AKEPT, Nilai.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kerana fasiliti kuarantin di AKEPT itu seperti hotel. Bagaimanapun, seorang gadis ini dikecam teruk kerana mengatakan pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan itu seperti penjara.
Difahamkan, gadis berkenaan juga sedang dikuarantin apabila dia memberitahu baru pulang dari New Zealand dan memuat naik gambar keadaan hotel mewah yang dihuninya.
Malah, dia turut mempertikaikan tahap kebersihan pusat kuarantin yang dibuka di Nilai itu. Susulan itu, gadis berkenaan dihentam teruk kerana memperlekehkan usaha kerajaan sedangkan dia sendiri pergi bercuti ketika Covid-19 sedang menular meskipun ketika itu kerajaan belum mengumumkan PKP.
Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan menempelak komen wanita tersebut yang disifatkan sebagai tidak bersyukur. Malah ada yang mengatakan gadis itu sepatutnya ditempatkan di AKEPT yang dikatakan seperti penjara itu.