Bergaya Rambut Lebat, Netizen Berang Fizi Hina Upin & Ipin Botak

Sebut sahaja cerita animasi Upin Ipin, sememangnya ianya sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran Indonesia.

Bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak malah orang dewasa juga. Bagaimanapun, baru-baru ini watak Fizi sekali lagi telah dikecam gara-gara katanya yang menghina fizikal Upin & Ipin.

Menerusi video perkongsian terbaru di Instagram rasmi Upin & Ipin, satu babak dimuat naik memaparkan Fizi dan Ehsan bergaya dengan rambut mereka yang lebat.

Upin dan Ipin bertanyakan pada mereka apa yang mereka lakukan pada rambut mereka. Fizi menjawab mereka menggunakan krim rambut ajaib.

Mendengarkan jawapan Fizi, Upin dan Ipin turut menyatakan hasrat mereka utnuk menggunakan krim rambut tersebut. Bagaimanapun, Fizi memperlekehkan Upin dan Ipin bagaimana mahu menggunakan krim tersebut sedangkan mereka botak.

Seperti sudah dijangka video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen lebih-lebih lagi terhadap Fizi yang menghina fizikal Upin dan Ipin.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Fizi buat hal lagi dan meminta penjelasan mengenai kenyataan Fizi itu. Dalam pada itu, ada yang mengatakan watak Fizi agak jahat kerana mengatakan sedemikian rupa pada Upin dan Ipin.

Hasil tinjauan, video tersebut dimuat naik kira-kira 6 jam lalu dan kini sudah mempunyai 1,400 lebih komen. Apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Fizi.

SUMBER: Instagram Upin & IpinÂ