Berita Keprihatinan Ebit Lew Tular Sampai Ke Korea, Netizen Tumpang Bangga

Bila sebut sahaja tentang bantuan, tidak dinafikan nama Ebit Lew pasti akan menjadi sebutan ramai. Insan hebat ini tidak pernah kenal erti penat untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dimana ada kesusahan, pasti Ebit Lew yang akan sampai terlebih dahulu untuk menghulurkan bantuan. zsBaru-baru ini, video mengenai keprihatinan pendakwah terkenal itu turut disiarkan menerusi sebuah portal hiburan terkenal Korea, Allkpop.

Video tersebut memaparkan Ebit sedang mengedarkan makanan dan bantuan untuk frontliner. Difahamkan, video tersebut tersenarai dalam artikel kerana menggunakan lagu โ€˜Mmmhโ€™ oleh Kai EXO sebagai lagu latar.

Meskipun video tersebut tersenarai kerana lagu yang digunakan, namun sifat keprihatinan pendakwah tersebut mendapat perhatian dan pujian oleh peminat-peminat K-Pop.

Perkara itu turut mendapat perhatian netizen Malaysia yang terkejut dan bangga kerana tidak sangka video tersebut sudah sampai ke luar negara.

Dalam pada itu, difahamkan baru-baru ini peminat kumpulan EXO di Malaysia turut sama berganding bahu mengumpulkan dana ke Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi oleh Ustaz Ebit Lew.

Rakyat Malaysia sememangnya bangga mempunyai seorang insan seperti Ebit Lew dan berharap dengan penularan video tersebut sekaligus dapat menarik perhatian lebih ramai lagi penderma untuk menghulurkan dana ke pertubuhan Ebit Lew.

SUMBER: Twitter