Berkampung Depan Istana Sejak Pagi, Agong Belanja Petugas Media KFC

Nampaknya kemelut yang melanda politik negara semakin meruncing apabila Tun Dr Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri tengah hari tadi sekaligus menggemparkan negara.

Rata-rata, rakyat mahupun netizen masing-masing inginkan kepastian mengenai keadaan sebenar yang berlaku dalam kabinet negara.

Untuk mendapatkan segala maklumat tersebut, petugas-petugas media gigih ‘berkampung’ di hadapan pintu masuk Istana Negara sejak pagi tadi untuk berita mutakhir dan terkini.

Namun, disebalik keadaan tegang disana, pihak Istana telah memberikan hidangan KFC kepada petugas media yang setia menanti sejak awal pagi tadi.

https://twitter.com/ZAIMZAMANI/status/1231859711575654400?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1231859711575654400&ref_url=https%3A%2F%2Fgulapop.com%2Fberkampung-dari-pagi-depan-istana-agong-belanja-kfc-untuk-petugas-media%2F

Difahamkan, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 5 petang tadi.

Pada jam 1 tengah hari tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Leave a Reply