Bagi mengekang penyebaran dan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda sepenuhnya di negera ini, kerajaan akhirnya memutuskan keputusan demi kebaikan kita bersama.
BACA: Kisah Sebenar Di Sebalik Wanita Bergelang Kuarantin, Kini Di Hospital
Bermula 1 Ogos ini, kerajaan akan mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa ia akan membabitkan pengangkutan awam seperti bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) serta tempat awam termasuk pasat dan pasar tani.
“Selama ini kerajaan tidak mewajibkan penggunaannya (pelitup muka) kerana akan membebankan kepada orang ramai yang berpendapatan rendah”
“Ia kerana tempoh terbaik untuk penggunaan setiap pelitup muka adalah selama tiga jam, kalau keluarga yang besar tanggungan tentunya akan membebankan.
“Sebab itu kerajaan benarkan untuk menggunakan pelitup muka yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang WHO keluarkan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.
Ingkar dengan arahan untuk memakai pelitup muka ini, anda boleh dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1,000.
Dalam pada itu, selepas ini restoran dan kedai makan juga akan dipantau. Ini berikutan sikap segelintir pengusaha dan pelanggannya tidak mematuhi prosedur oeprasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan.
Sebelum ini kelonggaran diberi dari sudut jumlah pelanggan yang boleh duduk mengikut saiz meja makan namun semakin lama, semakin ramai yang tidak melakukan penjarakan sosial.
Ihsan Gambar: FT.com