Bermula Sekitar RM300, Bilik Hotel Menghadap Kaabah Kini Semua Turun Harga?

0
3989

Siapa yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah, pastinya sedikit sebanyak akan menyimpan hasrat untuk mendapatkan hotel betul betul dekat dengan Masjidil Haram. Jika boleh, turun bilik terus nampak Kaabah-lah kiranya.

BACA: Ini Punca Pemuda Cina Ini Nekad Peluk Islam

Kini, perkara tersebut mungkin menjadi kenyaataan anda. Melalui laporan Arab News, bagi membantu melonjakkan kembali industri pelancongan di sekitar Mekah, hotel-hotel berdekatan menawarkan potongan harga yang banyak.

Malah bagi sesetengah kawasan, ada harga bilik yang ditawarkan serendah USD10 (RM40). Untuk pengetahuan anda, kota suci ini mempunyai lebih 1,400 hotel yang menjadi nadi dan penjana ekonomi di sana.

Sementara itu, bagi hotel-hotel yang terletak berdekatan dengan Masjidil Haram yang sebelum ini memang terkenal dengan harga yang tinggi, kini harga penginapan di sana bermula dari RM300+ sehinggalah RM700+.

Menurut Ketua Jawatankuasa hotel di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Mekah, Abdullah Filali promosi yang ditawarkan kini adalah salah satu usaha untuk mengembalikan sektor pelancongan di sana.

Namun sistem keselamatan dan juga kesihatan di sana tetap akan dikawal ketat buat pengunjung yang tiba. Sehinnga kini, Arab Saudi mencatatkan lebih 300,000 kes COVID-19.