Anda Selalu Sangat Hutang Bayar 2 Kali, Tupperware Bakal Gulung Tikar

Cakap pasal jenama Tupperware ini, memang ramai dan banyak kenangan dan salah satu kenangan pastinya ialah boleh hutang untuk beli bekas plastik ini.

Sekadar gurauan, sebenarnya Tupperware bakal gulung tikar bukanlah berpunca daripada korang yang berhutang namun kerana keadaan semasa syarikat berkenaan yang kini di ambang kemorosatan.

Difahamkan, jenama yang sudah bertapak sejak 1950-an itu dikatakan berisiko dikeluarkan dari Bursa Saham New York.

Memetik Free Malaysia Today, saham Tupperware menjunam 49% pada Isnin lalu dan syarikat itu kini berdepan beberapa isu genting seperti hutang yang semaking menggunung dan kemerosotan penjualan.

Jenama ikonik AS itu menyaksikan harga sahamnya jatuh kepada USD1.24, mencecah paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Difahamkan, penjualan dan keuntungan terus menurun sejak beberapa tahun namun kembali meningkat ketika musim pandemik.

Bagaimanapun, penjualan semakin merosot selepas pandemik dan syarikat Tupperware menyatakan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan operasi.

Dalam pada itu, pihak Tupperware berusaha untuk perbaharui produk-produknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk menarik minat gilongan muda namun ia tetap gagal.

SUMBER: Free Malaysia Today, The Reporter