Bomba Alor Setar Sambut Tahun Baru Dengan Potong Cincin Di Kemaluan Pak Long

Apa azam baru untuk tahun 2021? Ada yang ingin kurus dan sihat atau mungkin nak kumpul duit nak kahwin? Berbeza dengan seorang lelaki di Alor Setar, permulaan tahun 2021 baginya cukup unik, berbeza dan mengerikan.

BACA: Ini Punca Keluarga Adib Mahu Saman PDRM

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki yang diberi gelaran Pak Long oleh netizen di bahagian komen, terpaksa mendapatkan bantuan bomba gara-gara cincin sangkut di kemaluan. Bawa bertenang, ini bukan cincin biasa, tapi siap sekali dengan batu permata – cukup berani lelaki ini.

Sementara itu menurut laporan BH Online, operasi memotong cincin yang penuh berhati-hati itu memerlukan bantuan empat orang anggota bomba. Mangsa berusia 38 tahun itu juga sudah berkahwin.

Saksikan sendiri di post bawah ini bentuk cincin lengkap dengan batu permata. Jangan bimbang, batu permata selamat.

Begitulah kisah seorang lelaki yang menyambut tahun baru dengan menyarungkan cincin di tempat yang tidak ramai boleh tengok. Semoga keadaan beliau elok-elok belaka. Hebat lelaki ini mencipta memori pada tahun baru bersama keluarga.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.