Buat Sendiri Bubble Tea Di Rumah Dengan Set DIY Tealive Berharga RM150

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun memasuki minggu ke-3, pasti ramai yang dah bosan duduk dirumah dan teringin untuk nikmati pelbagai makanan dan minuman di luar. Apa yang pasti, mesti ada yang ‘kempunan’ nak minum bubble tea.

Kalau nak buat sendiri belum tentu sama dengan yang anda selalu beli di kedai. Nampaknya, anda tak perlu risau lagi jika teringin sangat nak minum bubble tea kerana Tealive memperkenalkan My Bubble Tea Kit khas untuk peminat tegar teh boba mereka.

Dengan My Bubble Tea Kit, anda boleh nimkati minuman kegemaran di rumah pada bila-bila masa dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan dalam set tersebut.

My Bubble Tea Kit itu didatangkan dengan 4 pilihan perisa iaitu Nishio Matcha (75g), Hojicha (75g), Nishio Matcha (75g) + serbuk koko(250g), Hojicha (75g) + serbuk (250g), dan 2 pek serbuk koko (250g).

Turut disertakan 1kg pearls, gula perang, 3 paket susu Milklab UHT dan 20 straw kertas. Paling penting, resipi untuk membuat minuman kegemaran anda itu juga turut diberikan dalam set tersebut.

Set teh boba ini boleh menyediakan dalam 20 hingga 25 cawan bubble tea dan harga ditawarkan hanya RM150. Jika anda berminat, boleh dapatkan menerusi atas talian di sini.

Leave a Reply