Bukan Angkara Sheila Rusly, Penduduk Kuala Selangor Pula Diganggu ‘Ketukan’ Misteri

Bagaikan tidak berkesudahan, kisah misteri ketuk-ketuk pintu rumah tanpa salam ini yang didakwa bermula di daerah Sabak Bernam nampaknya kini sudah membawa ke Kuala Selangor.

BACA: Bapa ‘Syaitan’ Rogol Anak Usia 8 Tahun Depan Isteri Lumpuh

Melalui satu video perkongsian di Youtube, ketukan pintu pertama di Kuala Selangor itu berlaku sekitar 2.45 pagi di beberapa rumah terletak di Kampung Kuantan.

Melalui perbualan di dalam video itu, lelaki berkenaan mendakwa ternampak lembaga berpakaian putih berdiri di jalan kampung sebelum menghubungi jiran sebelah selain menyatakan bahawa jirannya juga melihat perkara yang sama.

Sehingga kini kejadian berkenaan ternyata menimbulkan rasa cemas buat penduduk berdekatan dengan kawasan yang terlibat. Semoga perkara ini akan beransur pulih. Nak tunggu bulan puasa lambat lagi.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.