Bukan RM144,000, Sugu Pavithra Dedah Pendapatan Sebenar Dari YouTube

0
46525

Sejak kebelakangan ini pasangan YouTuber Sugu Pavithra hangat diperkatakan. Berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan resepi masakan dan kisah kehidupan sederhana, pasangan itu kini meraih jumlah subscriber lebih 500k.

Bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia malah daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut memberikan hadiah serta kad ucapan istimewa kepada pasangan itu.

Seperti sudah dijangka, melihatkan jumlah sucbcriber yang semakin meningkat, ramai yang tertanya-tanya jumlah bayaran yang diterima mereka daripada Google.

Baru-baru ini, seorang YouTuber mendedahkan anggaran bulanan yang diperolehi oleh pasangan itu dari video-video yang dimuatnaik oleh mereka di Youtube dikatakan boleh mencecah maksimum sebanyak RM 144,000 sebulan.

Anggaran tersebut dikira berdasarkan data dari laman web Socialblade yang boleh menganalisis jumlah ‘subscribers’, video dan anggaran pendapatan bulanan.

Meskipun analisis teliti dilakukan untuk mengetahui jumlah pendapatan pasangan itu, namun jumlah sebenar yang didedahkan jauh berbeza.

Menerusi satu temu bual bersama Harian Metro, pasangan suami isteri itu mendedahkan anggaran pendapatan sebenar dimana mereka menerima sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu.

“Apa yang kami peroleh sekarang lebih dari cukup, buat pertama kali saya terima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu, saya tak pernah sangka dapat sebanyak itu,” katanya.

Meskipun tidak setinggi seperti anggaran yang tular sebelum ini namun ianya sangat lumayan berbanding sebelum ini mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang bekerja di ladang dengan pendapatan RM1,000 sebulan

Ujarnya lagi, dia mula terbabit sebagai Youtuber pada 28 Januari lalu hanya ingin membantu suaminya. Katanya, banyak cara untuk membaiki taraf kehidupan dan ia bergantung kepada keinginan dan kerja keras.

—————————

Bagi korang yang berminat untuk menambah pendapatan hanya dengan jualan barangan yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran tapi hasilnya dalam USD, boleh klik sini.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Harian Metro