Bukan Saja Terjadi Di Malaysia, Keluarga Maradona Pun Berebut Harta Hampir RM200 Juta

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan harta – begitulah turutan kehidupan. Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pemergian selamanya bintang lagenda bola sepak iaitu Diego Maradona.

BACA: Lagenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia Kerana Sakit Jantung

Memetik laporan BH Online, Maradona meninggalkan harga bernilai 37 juta pound (RM200 juta). Bagaimanapun oleh kerana lagenda ini tidak meninggalkan wasiat, sehingga kini kira-kira 16 orang datang menuntut hak mereka.

Dipendekkan cerita, Maradona ini ketika hayatnya pernahlah sekali buat wasiat pada 2012 tapi membatalkannya empat tahun kemudian. Sekarang, kira-kira 16 ahli keluarganya yang lain tiba-tiba muncul mahukan hak masing-masing.

Lebih menarik lagi, selain 5 orang anak, Maradona juga turut mempunyai 7 orang anak luar nikah. Oleh kerana tidak ada wasiat, maka semua mereka ini berhak mendapat hak yang sama rata.

Bagi anak yang bertemu dengannya sebelum ini pun boleh menuntut harta. Manalah tidak marah waris yang selalu bersama mendiang ketika hayatnya apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Surat mahkamah dalam masa yang sama turut mendedahkan harta bintang lagenda itu termasuklah wang tunai di Switzerland, Dubai serta hartanah di beberapa lokasi, deretan kereta mewah serta dana daripada kontrak pengiklanan dengan Puma dan Coca-Cola.

Itulah realiti kehidupan. Harta dunia ini memang selagi ada akan menjadi buruan, tidak kisahlah berapa banyak nilainya pun.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.