Buletin Utama Temukan Gelandangan Dengan Keluarga Selepas 24 Tahun Terpisah

Siapa sangka disebalik penularan COVID-19, ada hikmah disebaliknya apabila sebuah keluarga di Johor menemui semula ahli keluarga mereka yang terpisah sejak 1996 menerusi laporan berita yang disiarkan di kaca TV.

Difahamkan, baru-baru ini Buletin Utama ada menemubual golongan gelandangan di ibu kota bagi membincangkan nasib mereka selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Menerusi perkongsian oleh Mohd Faizal Hasan memaparkan perbualan ahli keluarga tersebut yang mengatakan gelandangan yang ditemubual menerusi laporan Buletin Utama itu adalah ahli keluarga mereka yang terpisah lebih 20 tahun lalu.

Dilaporkan gelandangan tersebut berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 dikatakan berkumungkinan untuk mencari pekerjaan. Namun, selepas itu mereka terpisah hubungan dengan ahli keluarga sehingga kini.

 

Keluarga tersebut kemudian memulakan pencarian melalui media sosial dan akhirnya berjaya menghubungi lelaki berkenaan atas bantuan beberapa pihak.

Turut dimaklumkan, lelaki berkenaan akan pulang semula ke pangkuan keluarga yang di Johor selepas tamat PKP nanti.

Ini adalah sedutan laporan berita tersebut yang disiarkan di Buletin Utama TV3 sebelum ini yang menemukan gelandangan tersebut dengan keluarganya.

 

Leave a Reply