Crocs Perkenal Sandal ‘Ayam Goreng’ Kolaborasi Bersama KFC

Sebut sahaja Crocs pasti ramai tahu jenama sandal ikonik itu dan sebelum ini Crocs sudah beberapa kali berkolaborasi dengan beberapa jenama terkemuka untuk edisi istimewa mereka.

Terbaru, Crocs berkolaborasi dengan rangkaian makanan segera popular iaitu KFC dalam menghasilkan sandal Crocs edisi ayam goreng.

Menariknya tentang sandal ini, turut disertakan replika paha ayam goreng pada sandal khas buat peminat tegar ayam goreng jenama terkemuka itu. Bukan itu sahaja, siap ada aroma bau ayam sekali.

 

Difahamkan, KFC x Crocs Classic Clogs bakal ditawarkan tidak lama lagi pada harga $60 (RM248.64). Lepas ni kalau lapar boleh bau ayam dekat kasut je.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply