Dakwa Ditipu Dan Nak Saman Aliff Syukri, Ini Penjelasan Usahawan Kosmetik Terhadap Wani Comel

Melalui satu muatnaik terbaru di Instagram Aliff Syukri, dia menjelaskan situasi terbaru yang menimpanya kerana didakwa menipu individu dengan gelaran Wani Comel.

BACA: Kerana Kata-Kata Kesat & Body Shaming, ‘Influencer’ Eira Aziera Disaman RM2 Juta

Kami ringkaskan sedikit mengenai apa yang berlaku di antara dua individu ini sehingga menyebabkan perkara ini melibatkan isu saman-menyaman.

1. Pada tahun 2019, Aliff ada memuatnaik gambar bersama Wani Comel. Dalam perkongsiannya itu, Aliff ada menyatakan bahawa pembedahan usus terpaksa dilakukan di atas nasihat doktor.

2. Bagaimanapun baru-baru ini, melalui laporan Malaysia Gazette, Wani mendakwa dia ditipu selain menyatakan bahawa Aliff menjanjikannya dengan pelbagai perkara.

“Janji jaga kebajikan saya, keluarga saya. Mereka cakap boleh tanggung saya buat pembedahan potong usus (bariatrik), saya setuju. Awalnya saya tidak setuju tapi mereka cakap boleh jamin saya boleh senang”

“Perjanjian yang diberi akan tolong saya, keluarga saya dan tolong saya sampai berjaya. Kata nak bagi rumah, bagi kereta menyara hidup saya dan keluarga,” jelasnya dalam sidang media.

3. Sementara itu bagi pihak Aliff, dia menyifatkan perbuatan Wani tersebut adalah atas ‘hasutan’ pihak tertentu selain memberitahu Wani agar mencari rezeki sendiri.

“Kepada Wani terima kasih byk2…..awak nak saman saya? Kerjalah adik wani sayang oii..dah boleh jalan carilah rezeki…orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki utk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?,” kongsinya di laman Instagram.

Untuk mendengar luahan Wani Comel, boleh tonton video laporan mStar Online di bawah:

Harapnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan kebenaran dapat ditegakkan buat pihak yang terlibat.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.