Dapat Barang Dapur Dari PM, Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran

Berjaya menambat hari rakyat Malaysia dengan resepi masakan dan kisah kehidupan sederhana bersama keluarga, pasangan Youtuber suami isteri ini iaitu Sugu Pavithra turut mendapat perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, baru-baru ini pasangan itu turut menerima hadiah istimewa daripada PM iaitu tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan barangan memasak serta kad ucapan istimewa.

Dalam pada itu, pasangan itu juga turut menerima barangan asas seperti beras, sebuk kari, bawang dan minyak masak.

Menerima hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, pasangan itu berhasrat untuk memasak menu istimewa menggunakan barangan asas yang diberi oleh Muhyiddin untuk semua jiran mereka.

Pasangan itu juga berhasrat untuk memasak Nasi Briyani Kambing dan Ayam Masak Merah untuk PM selain belajar membuat kek, pastri serta pencuci mulut menggunakan ketuhar gelombang mikro yang dihadiahkan oleh PM.

Mula berjinak-jinak dengan berkongsikan resepi masakan di YouTube sejak tiga bulan lalu, saluran YouTube Sugu Pavithra telah menerima 510K subscribers berbanding 160,000 pada awal Mei lalu.