Bukan mudah untuk turunkan berat badan apatah lagi ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.
Namun, perkongsian wanita ini mungkin mampu memberi semangat buat mereka diluar sana untuk mendapatkan berat badan ideal. Siapa sangka denga berkat kesabaran dan gigih menjaga pemakanan serta bersenam setiap hari mampu membuah hasil.
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita bernama Isma Suria ini nekad untuk menurunkan berat badan sejak setahun lalu dan berjaya menghilangkan sehingga 48 kilogram. Dahulunya bersaiz 5XL sehingga 6XL kini berjaya memakai pakaian bersaiz M dan L.
Tidak lokek berkongsikan tips yang diamalkannya, Isma berkongsikan antara pemakanan dan senaman yang dilakukannya untuk mencapai berat badan ideal.
- Mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang & lebihkan sayuran
Isma berkata dia sekarang sedang mengambil oat dan melebihkan sayuran dalam menu sehariannya.
“Tips yang selalu saya buat, bila sarapan makan oat atau telur separuh masak atau buah-buahan. Tengah hari, nasi sedikit, lebihkan sayuran dan ayam atau ikan. Malam hanya minum air kosong atau pun buah-buahan,” katanya.
- Kerap melakukan senaman seperti tabata & zumba
Isma juga berkongsi dia turut melakukan senaman seperti tabata dan zumba tidak kurang daripada 30 minit sehingga satu jam.
Jika berkelapangan dia akan melakukan aktiviti luar seperti berbasikal atau memanjat bukit pada hujung minggu.
“Selalu hiking atau berbasikal bila hujung minggu. Kadang-kadang ikut kelas senaman 30 minit hingga satu jam lebih bila rajin,” katanya.
Dalam pada itu, dia menambah selalu konsisten dengan aktiviti mendaki dan berbasikal setiap pagi atau petang dalam 3 hingga 4 jam sehari atau lebih.
Diharap apa yang dikongsikan oleh gadis ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kurus, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.
SUMBER: Says