Dasar Mulut Netizen, Wanita Dah Koma Dibelasah Suami Tapi Masih Salahkan Isteri

Pasti ramai tahu baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang sedang hamil dibelasah sehingga koma selepas dibelasah suaminya, sekaligus mengundang kemarahan netizen.

Minggu lalu, suaminya yang didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul mangsa yang juga isteri ketiganya yang sedang hamil hingga koma.

Lebih mengejutkan, akhirnya terbongkar mengenai tertuduh yang mempunyai tiga isteri serta tujuh orang anak.

Susulan kes tersebut, komen seorang individu ini menjadi perhatian ramai apabila mendakwa konflik rumah tangga pasangan itu disebabkan oleh mangsa dikatakan tidak pandai menegur suami dengan cara lembut dan merendah diri.

Tambah individu itu lagi, isteri sepatutnya mengelak dari berlakunya pertengkaran sehingga menyebabkan suami menjadi marah kerana boleh mengakibatkan kemudaratan.

Seperti sudah dijangka komen individu itu dikecam teruk oleh netizen. Tidak hanya berhenti setakat itu, individu tersbeut kemudian memuat naik status di Facebook menjelaskan mengenai komennya itu.

Katanya isteri sepatutnya mengelak daripada melawan cakap suami kerana itu adalah petanda derhaka. Bagaimanapun, individu itu menafikan dia berpihak kepada suspek.

Komen individu itu mendapat perhatian adik mangsa yang terkilan dengan dakwaan berkenaan apatah lagi kakaknya disalahkan sehingga dipukul sampai koma disebabkan melawan suami.

Terdahulu, Rosmaini Abd. Raof, 38 didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap, Jahidah Nordin@Sylvester, 43, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

SUMBER: Kisah Dunia