Luahan Datuk Azizulhasni Awang yang kami kongsikan ini sebenarnya sudah lama dikongsikan beliau, sekitar Februari 2021 lalu. Tapi pengajaran yang kita boleh dapat daripada kisah yang terjadi kepada pemenang pingat perak Olimpik 2020 ini terlalu besar.
BACA: Aksi Pelumba Basikal Poland Jatuh Lepas Psiko Shah Firdaus Buat Netizen Berpuas Hati
Kami ringkaskan apa yang terjadi kepada Azizulhasni supaya senang sikit anda nak baca. Kisahnya bermula pada tahun 2007.
Pada ketika itu, Azizulhasni berada di Melbourne dan join party BBQ yang diadakan di taman yang turut disertai komuniti Melayu lain di negara Australia itu.
Mengakui dia memang suka mengambil bahagian dalam perbincangan atau pun perbualan bersama kenalan baru, dia bagaimanapun tersalah menyebut perkataan gene (disebut jin) tapi yang disebutnya ialah Jen (macam nak sebut Proton Gen-2).
Berpunca daripada kesilapan tersebut, dia ditertawakan namun tidak pula individu yang mentertawakannya itu membantu untuk membetulkan apa yang salah.
Lebih memilukan apabila perkara itu dicanang-canang pada orang lain dan kembali semula ke telinga Azizulhasni. Bagaimanapun dia tidak marah kerana sedar bahawa dia dalam proses mempelajari bahasa baru.
Menurut pelumba keirin negara ini juga, ia adalah sesuatu situasi yang berbeza apabila berada negara Barat apabila rata-rata daripada mereka menghormati kesilapan yang dilakukan kita.
Malah melalui pengalamannya berjumpa dengan pelbagai barisan masyarakat dunia sepanjang menjadi atlet membuatkan pandangannya semakin luas dalam menghormati orang lain yang kurang mahir berbahasa Inggeris.
Kami juga sempat sendiri mendengar temubual dalam bahasa Inggeris oleh Azizulhasni baru-baru ini, cair dah Datuk speaking English dan pengajaran dari kisah ini adalah jangan mudah mentertawakan orang lain.
Jika anda nak baca nukilan penuh Azizulhasni, kami kongsikan di bawah:
Dan jika anda nak tonton sesi temubual ringkas bersama Astro Awani baru-baru ini selepas memenangi pingat Perak, boleh tonton video di bawah. Terharu betul kami tengok dan tahniah juga di atas cahaya mata baru.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.