Dianggap Agungkan Keganasan, Twitter Padam Status Tun Dr Mahathir

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai satu perkongsian oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mencetuskan kemarahan ramai telah dipadam oleh Twitter.

Menerusi status tersebut, Tun Mahathir memuat naik kenyataan mengatakan Muslim mempunyai hak untuk marah dan membunuh jutaan rakyat Perancis selepas pembunuhan beramai-ramai dahulu.

Memetik laporan The Jakarta Post, Setiausaha Dalam Negeri Sektor Digital Perancis, Cedric O mengatakan pihaknya sudah bercakap dengan pengara urusan @TwitterFrance mengenai perkara itu.

“Saya telah bercakap dengan pengarah urusan @TwitterFrance. Akaun @chedetofficial mesti digantung serta merta. Jika tidak @twitter akan menjadi rakan subahat untuk pembunuhan,” katanya.

Terdahulu, berlaku indisen di Nice apabila tiga orang terbunuh di sebuah gereja di selatan bandar Perancis. Ia dikatakan berlaku selepas dua minggu insiden seorang guru yang dipenggal kepala selepas menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajak mengenai topik kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, Mahathir tidak mengaitkan kejadian itu secara langsung dengan perkongsiannya di Twitter semalam.

Menurutnya, dia tidak bersetuju dengan tindakan membunuh guru berkenaan atas alasan kebebasan bersuara namun menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak memberi hak kepada seseorang untuk menghina orang lain.

SUMBER: The Jakarta Post