Masih baru lagi terjadi, seorang kanak-kanak menahan kenderaan di jambatan Pulau Pinang selain menyatakan bahawa kedua ibu bapanya telah terjun daripada jambatan tersebut.
BACA: Benarkah Cara Orang Melaka Dan Pulau Pinang Pandu Kereta Boleh Buat Bergaduh?
Ternyata ramai netizen yang terkejut dengan kejadian tersebut selain berharap agar kedua individu tersebut selamat.
Sementara itu, merujuk laporan Kosmo! Online, wanita yang terjun berkenaan dipercayai mengalami kemurungan.
“Ketika bomba tiba, seorang wanita terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang.
“Mangsa kemudian diselamatkan dan dibawa oleh suaminya ke tiang jambatan nombor 107 sebelum jentera bomba tiba,” jelas Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkenaan kepada portal tersebut.
Mangsa dikatakan terkapai-kapai setelah terjun ke dalam laut dan dapat diselamatkan suaminya.
Buat anda semua yang membaca berita ini, semoga kita semakin kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan di kala pandemik ini yang entah bila akan beransur pulih.