Disyaki Gubah Wang Haram, SPRM Panggil Siti Sarah dan Shuib?

0
1521

Melalui sumber Utusan Online, pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang diusahakan mereka.

BACA: 3 Punca Kenapa Cik B Selalu Jadi Mangsa Buli Di Laman Sosial

Pasangan ini dikhabarkan telah hadir tengah ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut dan sehingga kini siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, menurut sumber itu lagi beberapa individu termasuk selebriti lain turut akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” kata sumber kepada portal berita tersebut.

Sebeluim ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sumber: Utusan Online