Ditegur Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki Berserban Naik Tangan, Cekik Pekerja Kedai

0
5404

Baru-baru ini tersebar video tentang perlakuan seorang individu yang memasuki kedai tanpa memakai sebarang pelitup muka.

BACA: Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Sedih Penat Masak Lauk Tapi Dibuang

Tindakan seorang pemuda dipercayai pekerja pasaraya tersebut yang menegur individu berkenaan bagaimanapun mendapat reaksi yang kami sendiri tak sangka.

Bermula dengan hanya jerkahan beberapa kali ke arah pemuda berkenaan, perlakuan lelaki terbabit kemudian semakin agresif. Kejadian dipercayai berlaku di Senawang.

Melalui perkongsian video oleh di Facebook, lelaki berkenaan turut bertindak beberapa kali mencekik pekerja berkenaan.

Apa yang lebih menyedihkan lagi sebenarnya adalah tiada seorang pun yang datang bertanya atau menenangkan keadaan.

Antara komen netizen yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut adalah kesal dengan penampilan lelaki berkenaan yang berserban.

Sehingga kini, masih belum ada sumber mengenai kenyataan atau cerita daripada pihak lelaki berserban tersebut. Manalah tahu mungkin ada sebab tertentu dia tidak mengenakan pelitup muka atau bertindak sedemikian.

Sungguh banyak cubaan umat Islam di Malaysia Ramadan kali ini. Tidak cukup dengan video menghina agama melalui video klip perjudian ditambah lagi dengan perlakuan sebegini.

Walaupun bukan semua yang berperangai seperti ini, sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada pandangan masyarakat.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna. Wah menyanyi nampak. Semoga sama-sama kita lalui ujian ini dengan sabar dan berhikmah.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.