Doktor Ini Dedah Perangai Sebenar Lelaki Yang Jenis Suka ‘Simpan’ Wanita

Keindahan di dalam hubungan rumahtangga sebenarnya adalah impian bagi mereka yang sudah berkahwin namun kadang-kala ada perkara yang berlaku di luar kawalan kita lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pasangan.

BACA: Ini 9 Produk Kosmetik Ada Racun, Buah Pinggang Boleh Rosak!

Baru-baru ini, Dr Muhammad Shazril Shahruddin (Dr Say) ada berkongsikan satu topik yang cukup menarik untuk dibahaskan terutamanya di bahagian komen iaitu – Lelaki Suka Simpan.

Sebelum anda terus meloncat tanpa usul periksa, apa yang dikongsikan oleh Dr Say sebenarnya adalah berkaitan dengan perangai lelaki atau lebih tepat suami yang masih menyimpan isteri.

Menurutnya, topik yang diperbahaskan tersebut timbul selepas mendapat maklum balas berkaitan isu cerai pada post sebelumnya di Instagram. Ada isteri yang mahu bercerai namun si suami bertindak ‘menyimpan isteri’ pula.

“Lelaki ni suka simpan. “Simpan apa doc dari tadi simpan?” – SIMPAN WANITA WALAUPUN DIA DAH TAKDE PERASAAN TERHADAP WANITA TU. Sebab itu banyak kita dengar/baca kes dari para isteri “berkali-kali saya mintak dia lepaskan saya tapi dia taknak”.

“Kenapa kami sebegini? Mungkin kami taknak dilihat sebagai “ketua keluarga yang gagal, yang tak reti manage keluarga” maka daripada dipandang sebagai ketua yang gagal, kami simpan anda sebagai propaganda tapi hakikatnya anda tiada apa-apa bagi kami”

“Sebab tulah bila anda tegur kami yang kami ni pemalas ke, tak reti jaga anak ke, membazir masa main fon ke, ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan tiada perubahan yang kami lakukan. Mungkin ada lah sikit tapi lepas tu back to our old self,” jelasnya.

Berhenti Seksa Pasangan

Selain itu, Dr Say turut berharap agar mana-mana lelaki di luar sana agar berhenti mendera fizikal dan mental pasangan selain berani berhadapan dengan realiti.

“Jika anda sudah tiada perasaan terhadap pasangan, lepaskan saja dia. Kenapa you nak lemaskan dia dengan segala penderitaan tu semata-mata taknak masyarakat anggap you lemah”

“Memang you lemah dah in the first place sebab you tak berusaha to make & keep the relationship “alive”. Suck it up & move on supaya wanita itu juga boleh move on,” kongsinya.