Nampaknya, baru sahaja beberapa hari berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilihat komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Menurut Dr Zulkifli beliau akan memperkenalkan sistem piramid di bawah jabatan dan agensi kementeriannya. Malah cara kerja beliau itu juga lebih menitikberatkan konsep masa.
Ujarnya, tujuan meperkenalkan sistem tersebut supaya penjawat awam tidak mengabaikan waktu ketika menjalankan amanah dan ketua jabatan perlu menyediakan laporan setiap minggu untuk memastikan kakitangan bahawan menjalankan tugas.
“Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana. Takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau akan turut menekankan konsep menepati masa seperti datang awal ke pejabat dan siapkan kerja lebih awal supaya mereka tahu bahawa masa itu bersifat emas.
Dr Zulkifli turut mengulas mengenai berkaitan dengan masa, dimana beliau lihat banyak kakitangan membazirkan waktu begitu sahaja dan adakalanya hilang ketika kerja.
“Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya.
“Ini konsep tidak sihat. Padahal, kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal,” ujarnya.
SUMBER: Malaysia Gazette
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂