Sudah hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun masih ada rakyat yang masih berdegil dan tidak mematuhi arahan kerajaan itu. Meskipun masih dibolehkan untuk keluar rumah tetapi apabila ada keperluan.
Lebih mengejutkan semalam sahaja, sebanyak 649 individu telah ditahan dalam operasi pihak berkuasa dan 73 individu telah dihadapkan ke mahkamah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata alasan mahu membeli makanan, tetapi membuatnya berulang kali antara sebab beberapa individu ditahan polis sepanjang tempoh PKP.
“Jadi polis syak mereka bukan genuine dari segi nak beli makan tapi sengaja nak keluar. Itu antara contoh,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata terdapat juga insiden seperti sengaja merempuh sekatan jalan raya pihak berkuasa, dan memaksa polis mengambil tindakan lebih tegas.
SUMBER: Astro Awani