Fakta Sedih Tentang Kucing Putih Mata Biru Ini Buat Peminat Kucing Sebak?

Bercakap tentang kucing memang seronok tapi dalam masa yang sama, setiap hari jugak kita belajar perkara baru pasal kucing ini.

BACA: Ramai Menangis Lihat Kucing Minta Nyawa, Netizen Mahu Pemukul Kucing Ditangkap

Antara fakta menarik tentang kucing yang kebanyakan orang tahu ialah bila kucing ada 3 warna, purata kucing itu betina adalah tinggi.

Sementara itu, kami juga baru-baru ini belajar benda baru melalui satu perkongsian di Twitter mengenai kucing yang berwarna putih – bermula dari sebuah video kucing yang disangka mati tapi sebaliknya hanya tidur.

Melalui perkongsian tersebut, secara mudahnya kami ringkaskan, kebanyakan kucing putih yang mempunyai mata berwarna biru adalah berpotensi pekak.

Perkara itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sama berkongsikan sedikit sebanyak tentang haiwan kesayangan mereka itu.

Melalui perkongsian daripada netizen juga, kebanyakan mengakui kucing putih mereka agak pekak apabila dipanggil.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu kucing putih ini, bolehlah tambah pengetahuan lebih sikit di sini.