Ramai Menangis Lihat Kucing Minta Nyawa, Netizen Mahu Pemukul Kucing Ditangkap

Tidak tahu apa puncanya, satu rakaman yang mula tersebar pantas di laman sosial telah mengganggu jiwa pencinta haiwan terutamanya kucing.

BACA: Dikecam Kafankan Anak Kucing Macam Manusia, Gadis Tampil Beri Penjelasan

Melalui rakaman tersebut, seorang individu dipercayai wanita dilihat memegang objek panjang kelihatan seperti kayu. Dia kemudiannya menyembunyikan kayu di dalam sebuah kereta sebelum beredar dengan menaiki kenderaan lain.

Perkongsian video itu juga menunjukkan beberapa ekor kucing yang kelihatan tidak bermaya dan lemah malah ada yang berdarah di bahagian muka.

Manakala di bahagian komen pula, penuh dengan hamburan kata-kata kesat dan juga marah netizen ke atas individu yang melakukan perkara berkenaan.

Dalam perkembangan terbaru melalui posting di Twitter milik akaun Toon Seri Anthraxxxx, Jabatan Veterinar sudah pun datang ke lokasi kejadian.

Semoga si pelaku yang kejam dengan haiwan ini dapat ditangkap segera dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.