Tak dapat dinafikan, setiap kali sampai ke negeri Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu, kita bagaikan terpaku dengan loghat dan juga keramahan masyarakat di sana.
BACA: Persenda Agama Hindu, Kumpulan BLACKPINK Dikecam Hebat
Baru-baru ini, sebuah video pendek yang telah dimuatnaik di laman TikTok ternyata membuatkan netizen terhibur. Mana tidaknya, seorang wanita berbangsa Cina sungguh fasih loghat Terengganu, memang tak kekok langsung.
Menurut Angellyn Tan Pei Ching, dia sudah sebati dengan loghat Terengganu sejak dari kecil malah lebih selesa berkomunikasi di dalam loghat tersebut.
Sudah nama pun orang Terengganu, Angellyn dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa dia sangat meminati budu dan tempoyak. Baru pure boh!
Bagi anda yang tak sempat lagi tengok videonya, mari layan kejap di bawah ini:
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂
Bagi anda yang berminat untuk menambah pendapatan hanya dengan jualan barangan yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran tapi hasilnya dalam USD, boleh klik sini.