Gadis Ini Dulu Pernah Benci Islam, Kini Sanggup Mati Demi Islam

Benarlah hidayah itu milik mutlak Allah SWT dan hanya Dia yang mampu menyentuh hati seseorang hambanya. Sama seperti seorang gadis muallaf berasal dari Sabah ini yang pernah membenci agama Islam namun kini dia sanggup mati kerana Islam.

Namun siapa sangka, gadis ini yang agama asalnya adalah Kristian sejak kecil lagi akhirnya terbuka hati untuk memeluk Islam.

Memetik laporan Sinar Harian, gadis bernama Nur Jacyntha Florentius berusia 25 tahun ini memberitahu dia juga tidak memahami agama Kristian yang penah dianutinya sebelum ini.

https://twitter.com/kimchijacy95/status/1232465857294422022?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1232465857294422022&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F72134%2FBERITA%2FViral%2FDulu-pernah-benci-Islam-kini-sanggup-mati-demi-Islam

Berkongsi cerita perjalanannya memeluk agama Islam, Jacyntha mula mengenali Islam pada tahun 2013, ketika melanjutkan pelajaran di sebuah universiti, dia mula bergaul dengan orang Muslim.

Dari situ, dia melihat apa itu solat, berpuasa dan pelbagai lagi tentang agama Islam. Rasa ingin tahu tentang agama Islam semakin mendalam apabila dia membuat penyelidikan sendiri melalui YouTube dan bertanyakan kepada ustaz.

“Saya mula bandingkan agama Kristian dengan Islam. Saya membuat penyelidikan, saya tonton YouTube, saya tanya ustaz dan dari situlah saya tahu banyak tentang Islam.

“Dari tak tahu apa-apa pasal Nabi, saya jadi tahu. Siapa Nabi Muhammad SAW, siapa Nabi Isa. Saya juga mula muat turun aplikasi al-Quran pada telefon pintar, sekali baca, saya dapat lebih banyak info.

“Saya mula ikut kawan Muslim berpuasa, dari puasa tak penuh sampai lah puasa penuh pada 2018,” katanya.

Pada tahun yang sama, Jacyntha berkata dia pernah bermimpi seseorang berjubah putih datang kepadanya dengan hulurkan al-Quran diminta untuk dibaca.

“Kali kedua pula, saya bermimpi terdapat seorang makcik mengajak saya ke masjid untuk bersolat. Sejak dua tahun lalu, saya baca al-Quran menerusi YouTube, setiap kali tidur, saya akan bertemankan bacaan al-Quran dan pastinya saya tidur lena. Alhamdulillah.” katanya.

Selepas hampir tujuh tahun memahami agama Islam, Jacyntha akhirnya memberanikan diri untuk izin keluarganya untuk memeluk Islam dan keluarganya menerima keputusannya itu.

“Alhamdulillah selepas 7 tahun barulah berani nak bersua dan minta izin keluarga mahu peluk Islam. Mereka izinkan, syukur, ayah beritahu kalau apa yang saya rasa itu terbaik, dia tidak halang.

“Dulu saya pernah benci Islam tetapi lihat apa yang berlaku sekarang, saya sanggup mati kerana Islam.” katanya.

Alhamdulillah, bertambah lagi saudara Islam kita. Semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

 

Leave a Reply