Gadis Ini Tertekan Dapat Housemate Muka Cantik Tapi Pengotor

Isu penyewa membuat onar bukanlah perkara baru. Ada yang lebih teruk sehinggakan penyewa membiarkan sampah sarap berbulan-bulan dan boleh tidur dirumah atau bilik tersebut.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang gadis yang meluahkan rasa geram terhadap sikap teman serumahnya yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab sering mengotorkan rumah.

Gadis itu berkata, walaupun telah dikemas pada hari sebelumnya, namun rumah akan bersepah setiap kali balik dari kerja setiap hari.

Lebih menyakitkan hati, gadis itu berkata sepatutnya balik dari kerja dia boleh duduk berehat tetapi terpaksa mengambil masa hampir 3 jam untuk mengemas rumah.

Mengenangkan teman serumahnya mengakui tidak pandai mengemas rumah, gadis itu sempat menitipkan pesanan kepada wanita diluar sana agar mementingkan kebersihan.

Meskipun ada yang mencadangkan supaya berpindah, gadis itu berkata dia belum mampu untuk mencari rumah lain dengan gaji yang hanya cukup-cukup makan sahaja.

Katanya lagi, pemandangan cantik dari tingkap biliknya turut membuatkan dia bertahan untuk terus tinggal disitu. Ujarnya selama ini dia tidak kisah mengemas setiap hari namun ketika memuat naik perkongsian itu dia tidak dapat menahan perasaannya ketika itu.

Perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan pengakuan teman serumahnya yang tidak pandai mengemas rumah. Netizen berkata tiada istilah tak reti mengemas melainkan seseorang itu pemalas.

Dalam pada itu, ada netizen lain turut berkongsikan pengalaman mereka dan disebabkan sikap teman serumah pengotor membuatkan mereka menyewa seorang diri.

SUMBER: Twitter