Gambar Merisik Sudah Dipadam, PU Rizz Dan Neelofa Putus Tunang?

Menerusi perkongsian adik beradik Neelofa baru-baru ini, terdapat sesuatu yang cuba disampaikan mereka. Lebih menimbulkan tanda tanya apabila gambar merisik di antara PU Rizz dan juga Neelofa kini sudah pun tiada.

BACA: Neelofa Tersasul Panggil PU Riz ‘Sayang’ Ketika IG Live

Selain itu melalui portal murai.my, ketiga-tiga adik beradik Neelofa juga turut berkongsikan doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruk.

Sehingga kini belum ada lagi kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak namun dalam masa yang sama peminat turut berharap semuanya baik-baik belaka.

November (2020) lalu, pasangan PU Rizz dan juga Neelofa menggemparkan industri hiburan apabila khabar merisik mereka tersebar malah PU Rizz juga dikatakan turut menjadi imam mereka sekeluarga sebelum majlis berlangsung.

Selain itu Neelofa pernah berkongsikan bahawa dia pernah berdoa agar dikurniakan pasangan yang bukan hanya boleh membahagiakannya, tetapi seluruh umat Islam.

Apa pun, semoga kedua-dua belah pihak ini tabah berhadapan dengan perkara yang melanda.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: murai.my