Gangguan Air Di Selangor Datang Lagi, Ini 4 Daerah Yang Terjejas

0
5842
Gambar Ihsan: Channel News Asia

Nampaknya empat daerah di Selangor berhadapan dengan gangguan air gara-gara pencemaran air mentah di Sungai Semenyih. Empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

BACA: Akshay Kumar Dedah Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Kekal Sihat

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elena Baseri, berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya berikutan daripada insiden pencemaran tersebut.

“Henti tugas loji ini dijangka akan menyebabkan 309,605 akaun pengguna di 273 kawasan bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Air Selangor melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih sedang giat dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Air Selangor juga sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna yang terjejas.

Sumber: Sinar Harian