Akshay Kumar Dedah Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Kekal Sihat

Jika anda peminat filem Bollywood, pasti anda kenal dengan pelakon Akshay Kumar. Nama pelakon itu sememangnya cukup terkenal dalam industri Bollywood dan masih digilai ramai wanita walaupun sudah banyak hero baru.

Meskipun usianya kini sudah mencecah 53 tahun, namun pelakon itu masih kelihatan muda dan lincah berlakon. Namun pendedahan Akshay baru-baru ini sangat mengejutkan apabila dia mendedahkan minum air kencing lembu setiap hari.

Mengikut segelintir masyarakat India yang percaya amalan minum air kencing lembu itu mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan termasuk melawan virus Covid-19.

Akshay tampil mendedahkan perkara itu ketika tampil dalam rancangan pengembara British, Bear Grylls apabila mereka minum teh dibuat daripada najis gajah. Ujarnya, dia tiada masalah untuk mencubanya kerana sudah terbiasa meminum air kecing lembu.

Untuk pengetajuan anda, kerajaan India memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk berasaskan bahan buangan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser.

Meskipun tiada bukti saintifik bagi menyokong perkara itu, tetapi beberapa ahli politik daripada parti Modi mengesyorkan penggunaan najis dan air kencing lembu untuk melawan koronavirus.

Malah, kerajaan India turut menubuhkan kementerian untuk ayurveda and yoga, dalam usaha untuk melawan wabak Covid-19. Setakat ini, 4.6 juta orang di India sudah dijangkiti Covid-19 dan ia sudah menyebabkan 76,000 kematian.