Ganjaran RM10,000 Untuk Siapa Dapat Tangkap Pembakar Anak Kucing

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu video yang begitu cepat merebak terutamanya di group Whatsapp. Jujur kami katakan, menyalakan api terhadap kucing adalah satu tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

BACA: Lelaki Kejam Basuh 3 Ekor Kucing Di Pusat Dobi Layan Diri

Dalam video pendek tersebut, ia bermula dengan seekor anak kucing yang kelihatan berada di atas kawasan rumput. Namun sebaik saja si comel meow sekali, terus saja api dinyalakan menggunakan pemetik api.

Tak sanggup kami tengok sampai habis, sekadar skip-skip saja dan yang paling menyedihkan, api yang membara di badan anak kucing tersebut tidak dipadamkan sehingga video tamat. Janganlah tengok jika tak kuat semangat, sedih, marah bercampur baur.

Berikutan tindakan kejam ini, Persatuan Haiwan Malaysia sanggup mengeluarkan wang ganjaran berjumlah RM10,000 bagi siapa yang dapat membantu untuk menangkap pelaku – jika ia benar-benar berlaku di Malaysia.

Melalui posting berserta video itu juga, Persatuan Haiwan Malaysia menyatakan ada dakwaan bahawa perkara tersebut berlaku di Pahang namun tidak disertakan dengan butiran lanjut.

Apa pun, semoga pelaku yang zalim ini akan menerima balasan setimpal, dengan undang-undang mahu pun hukum alam.

Terlahirnya keberanian untuk mengambil nyawa orang lain bermula dengan perkara sekecil ini, dengan menjadikan haiwan yang tidak mampu melawan sebagai mangsa. Sama-sama bantu jika anda tahu siapakah dalang di sebalik perkara ini.

Jika tak mahu ketinggalan info dan bacaan menarik setiap hari, jangan lupa follow kami di Facebook dan Instagram.